Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, October 21, 2013

No Comment

KOTA BHARU – Kira-kira 160 orang kurang upaya (OKU) di negeri ini menerima sumbangan kaki palsu bernilai RM600,000 daripada Persatuan Pendidikan Akhlak Che Leng Khor Kelantan.

Persatuan itu dengan kerjasama Pertubuhan Kaki Palsu di bawah naungan ‘Princess Mother Thailand’ menganjurkan kempen Pemasangan Kaki Palsu Secara Percuma selama enam hari bermula hari ini.

Seorang penerima Anak Cha Wit, 56, berkata sumbangan itu meringankan beban keluarganya selain memberi keselesaan kepadanya.

Zulfadzliza Ibrahim, 29, ibu empat anak pula lega kerana sumbangan itu membolehkannya menggantikan kedua-dua kaki palsunya yang rosak.

Sementara itu, pengerusi persatuan Datuk Tan Kim Keah berkata kempen itu diadakan bagi membantu golongan kurang bernasib baik dengan menjemput kira-kira 200 sukarelawan untuk memberi perkhidmatan kepada OKU di negeri ini.

“Sukarelawan terdiri daripada pegawai perubatan kumpulan perubatan sokongan dan juruteknik bersama kenderaan bergerak ke negeri ini untuk memberi perkhidmatan pemasangan kaki palsu secara percuma,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment