Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 23, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Jualan Perodua meningkat 5.7 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama kepada 147,400 unit berbanding 139,400 dalam tempoh yang sama pada 2012, sebahagian besarnya disumbangkan oleh pengenalan Siri-S, Mac lepas.

Ketua Pegawai Operasi Zahari Husin berkata varian Siri-S Perodua menyumbang  48 peratus daripada keseluruhan jualan Perodua setakat ini, dengan 40,700 dijual sejak dilancarkan pada Mac.

Mengenai perbandingan mengikut suku tahunan, jualan meningkat 8.6 peratus kepada 50,500 unit pada suku ketiga 2013 berbanding 46,500 unit yang dijual dalam suku yang sama tahun lepas.

Jualan Perodua pada September melonjak 26 peratus kepada 17,500 unit berbanding 13,900 unit bagi bulan yang sama pada 2012.

“Permintaan ke atas kenderaan kami masih sihat dengan hampir 20,000 tempahan diterima pada September. Jika tiada masalah, kami yakin memenuhi sasaran akhir tahun sebanyak 194,000 unit,” kata Zahari.

Beliau berkata unjuran suku keempat tahun ini nampak cerah untuk industri itu secara umumnya berikutan banyak model baharu akan dilancarkan selain kempen agresif yang dijalankan suku ini.

Perodua juga berkata 1.42 juta kenderaan mengunjungi pusat-pusat servis di seluruh negara dalam tempoh itu, peningkatan 100,000 kenderaan berbanding tempoh yang sama tahun lepas. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment