Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 23, 2013

No Comment

HARI ini, kami menerima aduan berserta gambar yang dihantar oleh seorang pengadu yang dikenali sebagai Alex mengenai seekor anjing yang dipercayai anjing liar berkeliaran di dalam Tamu Muhibbah, Miri.

Untuk pengetahuan anda, ‘tamu’ merupakan pasar yang menjual pelbagai jenis sayur-sayuran dan hasil tani yang lain.

Menurut Alex, kali pertama dia mengambil gambar anjing tersebut ialah pada 16 Oktober yang lalu sebelum menghubungi pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) bagi melaporkan perkara itu.




Pihak MBM yang menerima aduan tersebut menyatakan akan menghubungi semula si pengadu, namun sehingga ke hari ini tiada maklum balas yang diterima.

Alex sekali lagi ke tamu tersebut pada hari ini, dan hasilnya, anjing yang sama masih berkeliaran di situ dan lebih teruk lagi, ia duduk berhampiran dengan sayuran yang dijual.

Pemandangan ‘anjing jual sayur’  ini sememangnya kurang menyenangkan kerana pastinya tahap kebersihan yang dipentingkan oleh para pembeli.

Selain itu, faktor keselamatan juga menjadi persoalan kerana dikhuatiri anjing liar ini mungkin menggangu atau mencederakan para pengunjung tamu.

Si pengadu juga cuba menghantar aduannya ke talian TALIKHIDMAT – 62999, namun masih belum ada maklum balas dari mana-mana pihak.


Setakat ini, tidak diketahui sejauh mana pihak MBM mengambil serius mengenai perkara ini. Mungkinkah prosedur untuk setap aduan diproses mengambil masa berminggu-minggu untuk tindakan?

Apapun, kita tunggu sahaja kemaskini daripada pihak pengadu mengenai perkara ini nanti. Kepada pihak MBM, bertindaklah secara pantas ya. 

0 comments:

Post a Comment