Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 23, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menjadi wakil tunggal negara dalam acara perseorangan lelaki Siri Super Terbuka Perancis 2013.

Dalam perlawanan pusingan pertama di Stade Pierre De Coubertin di Paris padaawal Rabu, pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 31 tahun itu yang juga pilihan utama diberi tentangan sengit oleh Kashyap Parupalli dari India dalam set pertama sebelum melakar kemenangan 22-20, 21-12, menurut laman web kejohanan www.yonexifb.com.

Chong Wei akan berdepan seorang lain pemain India, Ajay Jayaram yang menumpaskan Kazumasa Sakai dari Jepun; 21-16 dan 21-11 dalam satu lagi pusingan pembukaan.

Juara bertahan, Liew Daren pula meneruskan prestasi membosankan dalam kejohanan badminton Siri Super tahun ini dengan tunduk kepada pilihan keenam, Boonsak Ponsana dari Thailand; 21-15, 15-21 dan 19-21.

Chong Wei Feng juga menuruti jejak Liew apabila kalah 19-21, 21-13 dan 13-21 kepada pemain kidal Jepun, Sho Sasaki.

Beberapa pemain negara akan beraksi lewat hari ini seperti beregu lelaki kelima dunia, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong yang akan menentang pasangan Jepun Hirokatsu Hashimoto dan Noriyasu Hirata manakala Hoon Thien How dan Tan Wee Kiong pula berdepan gandingan dari Poland, Adam Cwalina dan Przemyslaw Wacha.

Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang merupakan pilihan kelima akan menghadapi saingan Hirokatsu Hashimoto dan Miyuki Maeda dari Jepun dalam pusingan pembukaan kategori beregu campuran, juga lewat petang ini.

Persatuan Badminton Malaysia tidak menghantar wakil dalam kategori perseorangan dan beregu wanita dalam kejohanan itu yang menawarkan wang tunai berjumlah US$200,000 (RM631,530). – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment