Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 30, 2013

No Comment
LESEN syarikat kawalan keselamatan  Prima Security, iaitu majikan pengawal keselamatan yang menembak mati Pegawai Ambank di USJ Sentral 24 Oktober lepas dibatalkan mulai hari ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian  kepada Agendanews dan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) menolak rayuan mereka.

Dalam kejadian itu, pegawai bank berkenaan Norazita Abu Talib ditembak ketika membuka pintu bilik kebal bank berkenaan di USJ Sentral, Subang Jaya.

Selepas ditembak, pengawal keselamatan yang masih diburu itu melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.

Susulan kejadian itu, KDN telah mengumumkan bahawa lesen syarikat itu dibatalkan serta-merta kerana didapati melanggar beberapa peraturan melibatkan pengambilan pengawal keselamatan.

0 comments:

Post a Comment