Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 30, 2013

No Comment

Malaysian Airline System Bhd (Mas) membuka semula penerbangan terus dari Kota Kinabalu, Sabah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo di Jepun, membuktikan kedudukan operasi syarikat penerbangan negara itu semakin kukuh.

Pembukaan semula itu juga menandakan pelancaran semula Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebagai hab Mas di timur Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mas Ahmad Jauhari Yahya berkata, Mas sebelum ini menghentikan sementara beberapa laluan dari Kota Kinabalu ke timur Asia sebagai sebahagian daripada pelan penggabungan rangkaian melibatkan pesawat berlorong tunggal.

"Seperti dijanjikan, kami telah menilai semula keputusan itu dan dengan permintaan pasaran, kami memutuskan untuk menyambung semula laluan ini.

"Kami yakin laluan ini akan memberi manfaat kepada Mas dan pelanggan kami," katanya dalam satu kenyataan.

Mas juga baru-baru ini dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Terunggul Asia dalam Anugerah Pelancongan Dunia 2013, menewaskan 11 syarikat penerbangan lain.

0 comments:

Post a Comment