Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 23, 2013

No Comment

SELEPAS versi Snow Leopard yang dikeluarkan tahun lalu,Apple telah mengesahkan bahawa Apple Mac OS X Mavericks sudah boleh dimuat turun secara percuma mulai hari ini.

Khabar ini dihebahkan pada majlis pelancaran iPad Air terbaru syarikat itu,dimana Apple juga telah mengumumkan harga Mac Pro dan MacBook Pro dengan paparan Retina.

Antara ciri sistem operasi terbaru ini adalah Finder Tabs and Tagging dimana pengguna boleh menyelaraskan semua fail ke dalam satu portfolio relevan.

Selain itu,dengan Mavericks,pengguna dapat menggunakan aplikasi Apple Maps dalam paparan 3D. Pengguna juga boleh merancang perjalanan mereka dan menghantarnya terus ke dalam Apple Maps iPhone 5S.

Mavericks juga merupakan sistem operasi pertama Apple yang mempunyai keupayaan untuk menampung multi-paparan; dimana pengguna boleh mengakses paparan berbeza dalam masa yang sama,selain dapat ‘menarik’ aplikasi pilihan ke menu bar lain.

Selain itu, Mavericks didatangkan dengan Safari dan iBooks versi terbaru, serta kemudahan untuk menyelaraskan semua mesej,e-mel dan nota penting daripada iPhone 5S anda ke dalam komputer. – SARA KHALID

0 comments:

Post a Comment