Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 30, 2013

No Comment

CHELSEA menempah tempat ke suku akhir Piala Liga selepas dua jaringan menerusi Cesar Azpilicueta dan Juan Mata memastikan kemenangan 2-0 ke atas Arsenal pada aksi pusingan keempat di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

Sementara dua jaringan Javier Hernandez atau Chicharito membolehkan Manchester United turut mara selepas membelasah Norwich 4-0 manakala Fulham tewas 3-4 di Leicester dan West Ham menundukkan Burnley 2-0.

Pengurus Chelsea, Jose Mourinho melakukan 10 pertukaran dalam kesebelasannya yang bertandang ke gelanggang Arsenal, namun ia tidak menghalang mereka untuk membenam pendahulu Liga Perdana Inggeris itu.

Azpilicueta membuka tirai jaringan Chelsea pada minit ke-25 dan Arsenal cuba bangkit dengan membawa masuk Mesut Ozil pada awal babak kedua, namun Mata menjaringkan gol kedua Chelsea pada minit ke-66.
Di Old Trafford, Chicharito meledak satu gol pada setiap babak dimulakan dengan sepakan penalti minit ke-20 disusuli jaringan kedua sembilan minit selepas babak kedua bersambung. Dua lagi jaringan United disumbang Phil Jones minit ke-88 dan Fabio minit ke-90.

Sementara itu, Stoke turut mara selepas menewaskan Birmingham 4-2 menerusi sepakan penalti selepas aksi 120 minit berakhir keputusan seri 4-4.

Dua lagi perlawanan pusingan keempat bakal berlangsung awal pagi esok iaitu Tottenham bertemu Hull dan Newcastle bertemu Manchester City manakala satu lagi perlawanan iaitu Sunderland bertemu Southampton hanya akan berlangsung, 6 November.

0 comments:

Post a Comment