Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 29, 2013

No Comment

MELAKA – Polis Melaka memburu empat lelaki bagi membantu siasatan kes tipu membabitkan barangan elektrik dan elektronik bernilai RM885,000 di beberapa negeri sejak Mac lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka, Supt. Ee Khong Koy berkata, mereka dikenali sebagai Anthony Poon, 60-an; Ken Low, 60; Steve Lim dan C. T.Looi.

Mereka dikenal pasti susulan penahanan seorang lelaki berusia 53 tahun di Cheras, Kuala Lumpur, pada 16 Okt lepas, yang dipercayai bersubahat dalam kegiatan itu, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Menurutnya sindiket itu yang dipercayai menjual barangan terbabit di pasaran gelap, beroperasi menerusi sebuah syarikat yang didaftarkan sebagai Usaha Astana Sdn Bhd di Taman Teknologi Chen.

“Modus operandi sindiket itu ialah membeli barangan daripada pembekal dengan cara tunai untuk dapatkan kepercayaan, kemudian membuat tempahan dalam jumlah yang besar melalui cek ’post-dated’ sebelum menghilangkan diri,” katanya.

Katanya, sindiket berjaya memperdaya 17 pembekal di Melaka, Johor, Kuala Lumpur dan Selangor yang hanya menyedari mereka ditipu ketika cuba menunaikan cek terbabit apabila pihak bank memaklumkan duit dalam akaun berkenaan tidak mencukupi untuk pembayaran. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment