Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 29, 2013

No Comment

Susulan bantahan beramai-ramai wanita Arab Saudi terhadap undang-undang melarang mereka memandu, terbit sebuah video satira yang kini menjadi viral di internet.

Video berjudul ‘No Woman, No Drive’ ini pada mulanya menjadi video YouTube paling popular di Arab Saudi dan lain-lain negara Arab, seterusnya mencetus perhatian mendadak dari Afrika Selatan sampailah ke Denmark dan Kanada.

Video ini dihasilkan oleh pelawak Hisham Fageeh, 26, sebagai respon terhadap bantahan wanita di negaranya terhadap undang-undang memandu.

Begitu pun Hisham bertindak bijak apabila menyembunyikan sama ada dia menyokong mahu pun tidak isu tersebut dalam video satiranya yang diubahsuai daripada lagu popular Bob Marley berjudul No Woman, No Cry ini.

Setakat hari ini, video No Woman, No Drive telah mendapat jumlah tontonan lebih 5.2 juta di laman YouTube selepas dimuatnaik pada 26 Oktober lalu. – REM RAMZI


0 comments:

Post a Comment