Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 17, 2013

No Comment

EKORAN insiden perkahwinan rahsia Wawa Zainal dan Aeril Zafrel yang terbongkar baru-baru ini, Presiden Seniman, Zed Zaidi turut menyuarakan pendapat peribadinya berhubung perkara tersebut.

Zed menerusi Harian Metro menyatakan, “kontrak itu mengarut. Siapa mereka (MIG Production) untuk tidak membenarkan orang lain bercinta dan berkahwin, sedangkan itu fitrah Tuhan”.

Selain itu, Zed juga berharap kontrak itu dimansuhkan kerana adalah tidak wajar mencampur-aduk antara kerjaya dan hal peribadi artis yang terlibat.

“Dari dulu lagi saya memandang syarat produksi itu mengarut kerana siapa kita untuk menghalang perasaan orang lain (bercinta dan berkahwin),” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Wawa dikatakan takut untuk menghebahkan perkahwinannya kerana terikat dengan kontrak syarikat Mejar David Teo yang tidak membenarkan pelakonnya bercinta dan berkahwin sepanjang berada di bawah pengurusannya.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment