Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 22, 2013

No Comment

Seorang wanita yang muncul melawan peragut di dalam sebuah video lakon semula umpama rakaman kamera litar tertutup melawan peragut yang cuba meragut beg tangannya sebenarnya adalah seorang pakar Muay Thai.

Germaie Yeap, berusia 28 tahun, mendedahkan video babak itu dihasilkan untuk mempromosikan keprihatinan terhadap jenayah terutamanya dalam kalangan wanita dengan mesej berada dalam keadaan berjaga-jaga setiap masa.

Biarpun Yeap menerima banyak komen di laman sosial ekoran keberaniannya, beliau tetap menasihati orang ramai yang terlibat supaya menyerahkan sahaja barangan yang dikehendai perompak berkenaan.

“Serahkan sahaja barangan anda dengan harapan mereka tidak mengapa-apakan anda, cuba melawan hanya jika anda sudah tiada pilihan lain,” katanya.

Menurut beliau di dalam video itu, beliau dipaparkan sebagai seorang yang peka dengan keadaan sekeliling dan mengetahui kemampuan diri mampu untuk menewaskan lelaki itu.

“Dalam video itu, saya melawan balik selepas saya sudah mengetahui keadaan sekeliling dan dengan ilmu Muay Thai saya, saya tahu saya boleh tewaskan lelaki itu, tetapi apabila seorang lagi peragut datang dan mengacukan pisau, saya terpaksa melepaskannya serta mereka melarikan diri,” katanya.

Yeap turut menasihati wanita agar mempelajari ilmu mempertahankan diri bagi memelihara keselamatan diri.

Beliau yang berasa dari Georgetown, Pulau Pinang mempelajari Muay Thai untuk senaman kira-kira lima tahun lagi. Beliau mula memasuki pertandingan pada tahun ini dan sudah pun menjuarai dua kejohanan iaitu Piala Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Piala Antarabangsa Langkawi Z1.

Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS

0 comments:

Post a Comment