Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 22, 2013

No Comment

LONDON – Pengasas badan Amal Kebebasan, Aneeta Prem mendedahkan bahawa kejayaan pembebasan tiga wanita termasuk seorang warganegara Malaysia yang ditahan di sebuah rumah di selatan London selama lebih 30 tahun sebagai hamba abdi, bermula apabila salah seorang daripada mereka menghubunginya beberapa minggu lalu.

Ketika ditemu bual BBC News semalam, Prem berkata, seorang daripada mereka, melihatnya di dalam siaran berita, dan menghubungi secara rahsia ke badan amal itu.

“Selepas diyakinkan bahawa mereka berada dalam keadaan bahaya dan tidak selamat, kami menetapkan tarikh dan dengan bantuan polis kami berjaya membebaskan mereka pada 25 Oktober lalu,” katanya.

Prem berkata, ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan trauma yang sangat teruk ketika ditemui.

Katanya, badan amal itu akan memberikan sokongan dan bantuan sepenuhnya bagi ketiga-tiga mangsa untuk memulakan kehidupan baru.

Sementara itu, jurucakap Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang notis mengenai perkara itu namun akan meminta penjelasan daripada pihak berkuasa British secepat mungkin.

Dua lagi mangsa ialah seorang warganegara Ireland berusia 57 dan wanita Britain, 30 tahun. – The Guardian

0 comments:

Post a Comment