Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 22, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Malindo Air, syarikat penerbangan hibrid Malaysia, akan melancarkan perkhidmatan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Chittagong, Bangladesh bermula 2 Januari ini.

Malindo Air dalam satu kenyataan media memberitahu, tempahan tiket bagi laluan sehala bermula dari RM455 telah dibuka bermula sekarang manakala tiket pergi balik berharga RM955.

“Perkhidmatan tiga hari seminggu ini akan menggunakan pesawat baharu Boeing 737-900ER. Chittagong mempunyai populasi 6.5 juta.

“Chittagong bandar paling popular di Bangladesh adalah pelabuhan utama, hab penting industri, kewangan serta komersial negara tesebut,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, penerbangan ke Chittagong merupakan penambahan kepada pelan jangka panjang Malindo Air untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab transit serantau.

Kata kenyataan itu, orang ramai boleh membeli tiket penerbangan Malindo Air secara `online’ melalui www.malindoair.com atau melalui pusat panggilan dan ejen pelancongan.

0 comments:

Post a Comment