Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 22, 2013

No Comment

TANGISAN dari ‘mayat’ seorang bayi di Beijing, China berjaya menyelamatkannya daripada dibakar hidup-hidup di sebuah rumah mayat.

Bayi yang berusia kurang dari sebulan itu telah disahkan mati sebelum ini selepas rawatan terhadap masalah pernafasan kongenital yang dialaminya dihentikan kerana dikatakan sudah tidak mempunyai harapan.

Kebenaran untuk menghentikan rawatan itu telah dipersetujui oleh kedua ibu-bapanya.

Setelah sijil kematian bayi itu dikeluarkan, ‘mayatnya’ dihantar ke rumah mayat di Hefei untuk dibakar.

Bayi yang masih hidup itu kemudiannya dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut, memetik laporan Xinhua.

Berita itu menimbulkan keberangan pihak mikroblog China, Weibo yang menyalahkan ibu-bapa serta doktor yang bertugas.

Ada juga pihak yang meminta agar mereka dijatuhi hukuman penjara kerana bersikap lewa berkenaan nyawa bayi itu.

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment