Malindo Air
MALINDO Air menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya dengan penjual tiket penerbangan palsu yang mendakwa sebagai wakil syarikat penerbangan itu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Malindo Air, sebarang bentuk transaksi mesti diikuti dengan pertukaran tiket atau resit rasmi sebagai bukti transaksi.
"Sekiranya pengguna sudah berada dalam situasi itu, diminta segera membuat laporan polis dan memaklumkan kepada kami dengan butiran lengkap.
“Kakitangan syarikat penerbangan kami tidak pernah membuat transaksi perniagaan ataupun memuktamadkan niaga janji di bawah akaun persendirian dengan mana-mana agensi tanpa arahan dan pengawasan," katanya.
Menurutnya, terdapat individu atau pihak yang mahu menimbulkan situasi itu dengan niat mencemari reputasi syarikat penerbangan itu.
"Dengan peraturan dan pemantauan ketat urusan niaga janji yang dilakukan di antara kakitangan dan orang ramai, jelas sekali amat mustahil untuk sesiapa sahaja, malah mencuba untuk terlibat dengan aktiviti seperti itu," katanya.
0 comments:
Post a Comment