Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 14, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ong Tee Keat, yang bertanding untuk merebut kembali jawatan presiden MCA 21 Dis ini, mengemukakan manifestonya hari ini dengan 11 misi utama termasuk tiga prinsip – menjamin akses kepada perkongsian adil, peluang ekonomi saksama kepada semua kaum dan mempertahankan meritokrasi.

Bekas presiden MCA itu berjanji untuk melaksanakan lapan inisiatif antaranya – transformasi parti menerusi pemerkasaan akar umbi, melicinkan transformasi perusahaan kecil dan sederhana, menubuhkan tabung pemerkasaan pendidikan dan meningkatkan daya saing belia menerusi latihan kemahiran kerjaya.

Ong, yang dipilih presiden MCA pada Oktober, 2008 dan disingkirkan oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pada Mac 2010, berjanji untuk lebih mendekatkan parti itu kepada rakyat, tanpa mengira kaum.
“Saya telah belajar dari kelemahan saya dan sedia untuk bekerja bersama akar umbi dan anggota untuk mengembalikan zaman kegemilangan MCA,” kata beliau semasa melancarkan manifestonya di sini. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment