Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 14, 2013

No Comment


KUALA LUMPUR – Sebuah pertubuhan dikenali sebagai Jawatankuasa Kerja Sahabat Rakyat (SRWC) menyelar pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS kerana tidak lagi menyuarakan tuntutan kepada kerajaan Pusat supaya mewujudkan sekolah menengah bahasa Tamil di negara ini.

SRWC dalam satu kenyataan media mendakwa, hanya Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Pusat Pembanguan Kebudayaan LLG yang masih menyuarakan sokongan mereka terhadap tuntutan masyarakat India tersebut.

“Selain daripada itu, tiada lagi perhatian dan maklum balas yang sepatutnya daripada DAP, PKR dan PAS terhadap tuntutan tersebut. Keadaan ini betul-betul menimbulkan keraguan dan kerisauan sesiapapun yang mencintai bahasa ibunda pelbagai kaum,” dakwa kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu, SRWC menggesa kerajaan supaya bersetuju dengan permintaan parti Makkal Sakti sebelum ini supaya kerajaan Persekutuan mewujudkan sekolah menengah bahasa Tamil di negara ini.

Dakwa kenyataan itu, penubuhan sekolah menengah bahasa Tamil merupakan tuntutan yang adil dan menepati kepentingan serta keinginan masyarakat India.

Menurut kenyataan itu, tuntutan mewujudkan sekolah menengah bahasa Tamil serupa dengan tuntutan menambahkan sekolah menengah (persendirian) bahasa Tiong Hua oleh masyarakat Cina.

Dakwa kenyataan itu, kedua-dua sekolah itu merupakan hak asasi untuk kaum Cina dan India menerima pendidikan dalam bahasa Ibunda kaum masing-masing seperti yang diperuntukkan dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dan Perlembagaan Persekutuan.

“Penubuhan sekolah menengah bahasa Tamil merupakan tuntutan masyarakat India yang berpatutan, munasabah dan sah di sisi undang-undang demi mempertahankan dan membangunkan pendidikan bahasa ibunda, mewariskan dan mengembangkan kebudayaan kaum tersebut,” dakwa SRWC.

0 comments:

Post a Comment