Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 28, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Terlebih dahulu Murai Batu nak ucapkan terima kasih daun keladi kepada Detektif Stailista, Ayie Ali yang sudi berkongsi cerita sensasi berkenaan pengacara dan selebriti cantik, Sarimah Ibrahim.

Nasib baiklah pertemuan Detektif Stailista dengan Sarimah Ibrahim di permaidani merah untuk pelancaran sebuah produk kosmetik baru-baru ini, langsung tiada istilah berselindung, terutama sekali apabila berbicara mengenai status dirinya ketika ini.

Murai Batu difahamkan, Sarimah Ibrahim kini telah kembali solo apabila hubungannya bersama seorang jejaka Perancis tidak lama dulu telah terputus di tengah jalan.

Alamak! Apa sudah jadi? Kalau tak silap Murai Batu, sebelum ini hubungan mereka baik-baik saja. Malah ada khabar angin mengatakan bahawa mereka sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga.

Murai Batu ingat lagi, Sarimah Ibrahim bukan main happy dan bangga memperkenalkan jejaka mat salleh itu ketika melalui permaidani merah Anugerah Industri Muzik berapa tahun lalu.

Tup, tup, sudah putus pula.

Bagaimanapun seperti yang dikhabarkan Detektif Stailista kepada Murai Batu, penyampai radio Mix FM itu memang berhajat untuk mendirikan rumah tangga dengan jejaka Perancis berkenaan, bagaimanapun atas sebab-sebab tertentu, mereka terpaksa berpisah.

Khabarnya, meskipun hubungan mereka sudah terjalin lebih dua tahun, namun nampaknya ada beberapa perkara penting perlu diambil kira sebelum Sarimah Ibrahim mengambil keputusan mendirikan rumah tangga sekali lagi.

Murai Batu difahamkan, soal agama dan budaya menjadi dua faktor penting buat Sarimah Ibrahim dan nampaknya dia langsung tidak ralat meskipun hubungan mereka tidak berjaya seperti yang diharapkan.

Alahai, hancur luluh hati Murai Batu bila mendengar cerita sedih Sarimah Ibrahim ini. Meleleh air mata Murai Batu di buatnya. Mana taknya, mereka berdua memang Nampak sweet apabila bersama.

Tapi seperti yang dikhabarkan, Sarimah Ibrahim kini sedang moving forward dan dia tidak mudah mengalah untuk mencari pengganti i yang benar-benar percaya serta ikhlas memperisterikannya walaupun berbeza agama serta budaya.

Eh! Nanti dulu. Adakah ini bermaksud, Sarimah Ibrahim akan masih mencari jejaka berbangsa asing? Atau dalam erti kata lain jejaka mat salleh?

Bagi Murai Batu senang saja. Jodoh, pertemuan, ajal semua itu ditangan Tuhan. Sekuat mana kini merancang tetapi Tuhan juga yang akan menentukan.

Murai Batu akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Sarimah Ibrahim. Mudah-mudahan dia akan dipertemukan dengan jejaka idaman yang dapat membahagiakannya hingga ke akhir hayat.

Kahabarnya Sarimah Ibrahim kini sedang rancang untuk melahirkan lagu terbarunya dan juga berlakon filem serta teater. Tak sabar rasanya Murai Batu nak lihat kemunculan selebriti mulut kecoh ini. – Murai

0 comments:

Post a Comment