Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 30, 2013

No Comment
Gombak: Tindakan licik seorang lelaki berusia 50-an menjalankan kegiatan mengedar dadah secara kecil-kecilan di rumahnya terbongkar selepas ditahan polis bersama-sama 10 penagih yang ketika itu sedang membeli dadah, semalam.

Serbuan dijalankan di kawasan perumahan Kampung Changkat Simpang 3, di sini dijalankan bermula kira-kira jam 7 pagi hingga 12 tengah hari selepas menerima maklumat orang awam terdapat kegiatan penjualan dan penagihan dadah di kawasan itu.


Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sebaik mendapat maklumat, seorang pegawai dan 10 anggota melancarkan Operasi Khas Cantas (Op Cantas) bagi menjalankan serbuan.

Menurutnya, dalam operasi itu, polis berjaya menahan seorang lelaki yang menjadi pengedar dadah kecil-kecilan bersama 10 penagih di kediaman lelaki itu.


“Kami turut merampas tiga peket heroin dan dua tiub heroin seberat 5.6 gram dianggarkan bernilai RM250. Kita turut menjumpai pil eramin 5.


“Malah, seorang lelaki turut ditangkap di kawasan itu kerana dikehendaki bersabit kes bunuh di Wangsa Maju,” katanya.

PENAGIH dicekup ketika membeli dadah daripada seorang pengedar.

Dadah dalam peket kecil.

Abdul Rahim berkata, semua mereka dibawa ke IPD Gombak untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya.

0 comments:

Post a Comment