Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 29, 2013

No Comment
Mohammed el-Beltagy

KAHERAH - MESIR - Bekas penggubal undang-undang Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), Mohammed el-Beltagy, kelmarin menafikan dakwaan bahawa Gerakan Ikhwanul Muslimin melakukan tindakan keganasan selepas insiden rampasan kuasa pada 3 Julai lalu.

Menerusi wawancara yang disiarkan Al-Jazeera, el-Beltagy mendakwa tentera cuba untuk menjadikan krisis politik di Mesir kononnya sebagai satu masalah keselamatan dengan menuding jari ke arah mereka sebagai pencetus kempen keganasan tersebut.

"Jangan mudah terpedaya dengan pembohongan tentera dan kerajaan sementara yang melabel kami sebagai pengganas,'' tegasnya

Difahamkan, Ikhwanul Muslimin merancang untuk mengadakan gelombang protes baru untuk menentang tindakan melulu pihak berkuasa menahan ramai pemimpin kanan mereka termasuk Mohamed Soltan, anak kepada Salah

Soltan yang merupakan salah seorang tokoh bersuara lantang dalam gerakan itu.

Menurut laporan Al- Jazeera, Sejak awal bulan lalu, el-Beltagy terpaksa menyembunyikan diri selepas pihak berkuasa bertindak menggempur kem penyokong bekas Presiden digulingkan, Mohammed Mursi yang turut menyebabkan anak perempuannya, Asmaa el-Beltagy terkorban.

0 comments:

Post a Comment