Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 29, 2013

No Comment


NAMA CNBLUE mungkin barangkali tidak sepopular Big Bang, Super Junior atau 2PM di Malaysia. Namun itu tidak bermakna mereka tidak mempunyai kelompok peminat tersendiri di sini.

Setelah mengumumkan kedatangan mereka ke Malaysia bagi siri jelajah Konsert CNBlue Blue Moon Tour 2013, 5,000 mula teruja dan sanggup berhabis duit demi menemui artis kesayangan mereka.

Justeru, Sabtu lalu, para peminat empat anak muda iaitu Jung Yong-hwa, Lee Jong-hyun, Lee Jung Shin dan Kang Min-hyuk mula membanjiri stadium seawal 2 petang, biarpun konsert hanya bermula pada jam 7.30 malam.

Ternyata penantian peminat di sini amat berbaloi dan impian mereka untuk menemui CNBLUE dari dekat terlaksana jua.

CNBLUE menunjukkan bakat mereka menerusi persembahan nyanyian secara live dimulakan dengan lagu Where You Are, disusuli dengan lagu rock Get Away dan One Time.

Suasana bertambah hangat apabila mereka menyanyikan lagu Naran Namja, Coffee Shop dan Have A Good Night yang diiringi dengan tarian bertenaga daripada ahli kumpulan itu.

Tidak ketinggalan, mereka turut mempersembahkan single terbaru Feel Good yang buat julung kalinya dinyanyikan khas untuk peminat di Malaysia.

Lebih menarik, lima peminat bertuah CNBlue berpeluang untuk bergambar kenangan bersama kumpulan itu selepas mereka menyertai lucky draw yang dianjurkan oleh pihak Samsung GALAXY Music.

Konsert tersebut berakhir dengan ucapan daripada setiap ahli kumpulan tersebut kepada peminat yang hadir ke konsert itu.

Pun begitu, ahli kumpulan tersebut begitu seronok dengan sambutan yang diterima daripada peminat mereka.

"Konsert Jelajah Dunia di Malaysia sudah tamat! Ia merupakan konsert solo pertama kami dan ia sangat mengujakan.

"Kami rasa sangat seronok sepanjang persembahan ini. Kami harap datang kembali semula ke sini. Jumpa lagi Malaysia," kata pemain dram, Kang Minhyuk.

Gemar makanan tempatan

Sementara itu, Jonghyun yang terkenal dengan tabiatnya yang gemar makan berkata sebaik sahaja tiba di negara ini, dia sempat menikmati makanan tempatan.

"Saya sangat menyukai makanan Malaysia yang sedap dan pedas. Malah saya mencuba pelbagai jenis makanan seperti nasi lemak, roti canai dan sate," kata gitaris kumpulan itu.

Buah tangan buat peminat

Berkongsi perancangan terbaru mereka, ketua kumpulan tersebut, Jung Yong-hwa berkata dia tidak sabar menunggu tarikh pelancaran album baru mereka pada 28 Ogos.

Album kedua yang berjudul 'What Turns You On?' dirakamkan dalam bahasa Jepun sepenuhnya bagi pasaran negara Matahari terbit itu.

"Walaupun kami tidak boleh mendedahkan maklumat lanjut mengenai album ini kerana mahu memberi kejutan pada peminat.

"Lagipun ia juga dianggap sebagai kemunculan semula CNBlue selepas beberapa tahun tanpa album baru," kata Yong-hwa juga merupakan pelakon Korea Selatan yang terkenal.

Selain itu, CNBlue juga terpilih menjadi salah satu model kempen untuk Samsung Galaxy dan muncul dalam beberapa iklan komersial di seluruh dunia.

Apatah lagi kumpulan itu turut melancarkan single digital istimewa untuk Samsung yang bertajuk Feel Good yang dicipta oleh vokalis utama, Yong-hwa.

0 comments:

Post a Comment