Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 31, 2013

No Comment

ATLANTA – Seorang kanak-kanak berusia 18 bulan meninggal dunia selepas bapanya secara tidak sengaja telah tertembaknya dengan senapang di kediaman mereka, awal pagi tadi.

Mangsa, Jesstin meninggal dunia ketika dibawa dalam keadaan berlumuran darah dengan ambulans ke hospital.

Bapanya,  Jesse Sellers, dikatakan mengacukan senapang itu ke arah anaknya kerana mahu menakutkan kanak-kanak berkenaan tanpa menyedari ia berisi peluru.

Polis secara rasmi tidak memaklumkan siapa yang menembak kanak-kanak malang itu namun mereka dijangka mendakwa Sellers atas tuduhan membunuh.

Ketika kejadian, terdapat tiga orang dewasa dan tiga kanak-kanak dalam apartment tersebut.

Sellers mempunyai empat anak berusia antara dua hingga lima tahun.

Dalam pada itu, saksi memberitahu, ibu mangsa cuba memberikan rawatan CPR kepada anaknya ketika dia dibawa ke hospital.

0 comments:

Post a Comment