Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 31, 2013

No Comment

KUCING bernama Colonel Meow ialah kucing dengan bulu paling panjang di dunia, ia disahkan sebagai rekod dunia oleh agensi Guiness World Records.

Kucing spesis Parsi-Himalaya turut diberikan sijil pengiktirafan untuk bulunya yang diukur sepanjang 23cm panjang.

Kucing berusia dua tahun itu dimiliki oleh sepasang suami isteri Anne Marie Avey dan Eric Rosario di rumah mereka di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Pasangan itu memperolehi Colonel Meow dari sebuah Pusat Penyelamat Haiwan dan bulunya itu terpaksa diberus dua hingga tiga kali seminggu.

Setiap perabot dan kawasan di dalam rumah kami mempunyai kesan bulu Colonel Meow termasuk pada kami," kata Anne.

Kucing itu kini menjadi sensasi di internet dan memiliki laman webnya sendiri, laman Facebook dan memiliki saluran YouTube sendiri yang mana kesemuanya mengumpulkan 2 juta tontonan. - Metro UK 



0 comments:

Post a Comment