Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 23, 2013

No Comment

Sesiapa pun akan menjadi tertekan dan sedih apabila diisytiharkan bankrap. Tapi perasaan tersebut akan lebih dirasai jika puncanya daripada orang lain, bukan diri sendiri.

Itulah yang dirasai oleh penyanyi Rock legenda negara, Amy Search.


Kekecewaan hatinya itu turut dikongsikan Amy di laman fan page Amy Search. Sebak pula rasanya membaca luahan hati Amy di bawah ini.

Dapat dilihat, punca masalah bangkrap Amy pada hari ini disebabkan penglibatannya dalam Konsert Jelajah Awan Biru Search pada 2009. Banyak masalah berlaku waktu itu hinggakan Amy mengakui, ia memberi kesan hingga dia memberikan persembahan terburuk dalam sejarah kariernya.


Para peminat dan orang yang mengetahui cara Amy sendiri tidak sangka dia akan sampai sanggup meluahkan semua ini di laman fan page miliknya. Ramai yang bertanya berkali-kali jika kesemua keluhan benar-benar ditulisnya sendiri.


Jika benar maka sudah pasti masalah bangkrap ini terlalu merungsingkan Amy hingga dia terpaksa meluahkannya untuk dikongsi bersama peminat.

Iyalah, walaupun sudah bertaraf superstar sekalipun sesiapa sahaja pasti berasa sedih dan tertekan apabila terpaksa menanggung sesuatu yang berat, berpunca daripada orang lain kan…






Bagaimanapun, Amy tidak perlu terlalu risau kerana ramai orang yang tetap akan bersama-samanya dalam susah mahu pun senang. Para peminat pasti akan terus menyokong karier Amy.

Bangkrap atau tidak, ia tidak ada kena mengena dengan jasa Amy pada dunia hiburan tanah air. Dari sudut kehidupan pula, pasti ada hikmah yang menanti atas dugaan yang melandanya.

Semoga pihak yang terlibat menganiaya Amy akan menyedari kesilapannya dan bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku. - REM RAMZI 

0 comments:

Post a Comment