Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 23, 2013

No Comment

SHAH ALAM – Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat hari ini memohon maaf kepada 1,129 perwakilan kerana kesilapan teknikal pada proses pemilihan anggota jawatankuasa parti itu semalam.

Pengerusinya Asmuni Awi berkata seluruh anggota jawatankuasanya kesal dan dukacita dengan kesilapan yang berlaku itu sehingga berhasrat untuk meletakkan jawatan.

Beliau berkata selepas mengesan kesilapan teknikal itu, jawatankuasa membuat keputusan untuk menghentikan proses pemilihan bagi mengelak keraguan pada keputusan.

Keputusan meletak jawatan beramai-ramai itu pula dibuat atas dasar prinsip keadilan, katanya.

“Jawatankuasa ingin menyakinkan bahawa kami telah mengambil pelbagai langkah yang perlu bagi memastikan kesilapan tidak lagi berlaku,” katanya pada hari kedua Muktamar PAS ke-59 di sini, hari ini.

Sidang Muktamar hari ini bermula lewat lebih dua jam berikutan perwakilan perlu membuat pemilihan semula selepas berlaku kesilapan pada kertas undi untuk anggota.

Sementara itu, Setiausaha Agung parti Datuk Mustafa Ali berkata pimpinan parti diketua Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang merasakan tidak perlu untuk jawatankuasa itu meletak jawatan.

“Atas dasar itulah, saya mewakili pimpinan dan dengan pandangan presiden menyatakan bahawa kesilapan sedikit sebanyak adalah kesilapan yang akan dihadapi manusia sepanjang zaman,” katanya dalam ucapannya.

Beliau berkata pihak pimpinan menerima permohonan maaf Asmuni dan anggotanya dan mereka diberi kepercayaan untuk meneruskan pemilihan sehingga selesai.

Mengikut jadual Muktamar, semua proses pemilihan bagi jawatan timbalan presiden, naib presidan dan anggota Jawatankuasa sepatutnya selesai semalam. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment