Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 27, 2013

No Comment

GIGIH.. itulah yang boleh dikatakan terhadap pencuri yang memecah masuk sebuah butik Online di Sunway Mas Commercial Center, Petaling Jaya, Ahad lalu.

Hal ini kerana pencuri tersebut terpaksa merungkai tujuh kunci dan satu pintu gril sebelum berjaya memasuki premis seterusnya mengambil pakaian wanita, tiga komputer riba, sebuah kamera dan sedikit wang.

Pemilik bersama butik Phat Culture, Eliza Lee menyatakan dia tidak pelik jika dirompak namun kurang faham mengapa pencuri tersebut turut merembat pakaian yang kebanyakannya merupakan tudung dan baju muslimah bernilai kira-kira RM3,000.

Menurut Eliza dia sudah pun membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya.

Memandangkan dia dan pekerjanya kesemua wanita, mereka kini berasa tidak selamat dan menimbang untuk bertukar pejabat.

Susulan daripada pengalaman menakutkan ini, mereka turut melancarkan kempen keselamatan buat para wanita dikenali sebagai ‘Be Your Own Heroine’ di laman web mereka, phatculture.com. – REM RAMZI

Sumber: phatculture.com, The Star




0 comments:

Post a Comment