Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 30, 2013

No Comment

BUTTERWORTH – Dua wanita warga Myanmar ditemui mati dipercayai dibunuh dalam sebuah kawasan semak berhampiran jalan raya di Kampung Setol, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata, kedua-dua mayat itu mempunyai beberapa kesan tikaman di badan, muka dan leher.

Katanya, polis mendapat maklumat mengenai kejadian itu pada 12.15 tengah hari apabila seorang lelaki membuat laporan terdengar wanita menjerit  berhampiran lokasi penemuan mayat itu.

“Lelaki itu yang berada tidak jauh dari tempat kejadian bergegas ke tempat kejadian setelah mendengar orang menjerit. Dia kemudian menjumpai dua mayat wanita dan terus menghubungi polis,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Katanya mayat Htay Htay Than, 21, ditemui dengan kesan kelar di bahagian leher manakala seorang lagi yang hanya dikenali sebagai Than, 41, terdapat beberapa kesan tikaman di badan dan muka.

Mazlan berkata kedua-dua mangsa dipercayai sedang berjalan di tepi jalan berhampiran kawasan semak berkenaan ketika kejadian terbabit berlaku.

“Berdasarkan siasatan awal, dua wanita itu tinggal di kampung berkenaan   sejak dua tahun lepas dan bekerja di kilang berhampiran. Motif kejadian masih  disiasat dan kita menolak kemungkinan mereka disamun kerana barang kemas milik  mangsa masih berada di mayat,” katanya.

Beliau berkata mayat kedua-dua wanita itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Katanya susulan kejadian itu, polis menahan dua lelaki warga Myanmar berusia 30-an untuk membantu siasatan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment