Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, December 31, 2013

No Comment

DALAM satu temu ramah yang diadakan oleh sebuah majalah permainan Jepun, Famitsu, syarikat permainan terkenal, Sega menyatakan bahawa permainan Initial D: Perfect Shift Online hanyalah satu daripada pemainan elektronik percuma (F2P) yang bakal mereka lancarkan kepada peminat.

Ketua Pegawai Eksekutif Sega, Toshihiro Nagoshi berkata, syarikat tersebut telah meraih kejayaan besar bagi permainan seperti Samurai & Dragons dan pada masa kini, (F2P) bukanlah perkara yang aneh kerana pengguna platform konsol mampu menikmati permainan elektronik secara percuma dengan hanya memuat turun secara online.

Sega telah memilih platform peranti Nintendo 3DS pada rancangan mereka dan apabila ditanya, Nagoshi berkata,”Selepas telefon pintar, 3DS merupakan peranti mudah alih kedua yang paling banyak digunakan oleh pengguna di Jepun.”

Walaupun peranti tersebut dikatakan lebih banyak digunakan oleh pengguna yang lebih muda berbanding platform lain, Nagoshi menegaskan bahawa beliau ingin cuba untuk meneruskan rancangan yang telah dibuat.

“Saya sedar bahawa pengguna 3DS kebanyakannya terdiri daripada golongan kanak-kanak, namun ramai golongan dewasa di luar sana, termasuk di Amerika, yang masih gemar akan peranti ini,” tambah beliau.

Nagoshi berkata,”Saya mahu melihat lebih banyak eksperimen seperti ini oleh Sega, dan sama ada rancangan ini mampu menembusi pasaran eShop (aplikasi online Nintendo) Amerika.”

Sumber: Techno Buffalo

0 comments:

Post a Comment