Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 30, 2013

No Comment

ALOR SETAR – Perlis mengulangi kejayaannya pada 2009 apabila muncul juara Proton Piala Emas Raja-raja 2013 bagi edisi ke-73 selepas menundukkan Kedah 7-6 menerusi penentuan penalti di Stadium Darul Aman di sini malam tadi.

Pada edisi ke-69 (2009) Perlis menundukkan Kedah dengan jaringan 2-0.

Perlawanan itu terpaksa ditentukan menerusi tendangan penalti selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan selepas masa tambahan.

Jaringan penalti pasukan Perlis dijaringkan oleh Mohd Ikmal Faiz Azmi, Anas Shaharom, Nashrul Syazrin Roslan, Andrien Jurad a/l Chamrong, Mohammad Haziq Muiz Abdul, Muhammad Nasri Ahmad Tauhid dan Mohd Hazwan Zainun.

Manakala pasukan Kedah pula oleh Muhammad Syafiq Ahmad, Mohd Irwan Syazmin Wahab, Mohamad Syamim Alif Mohd Sobri, Mohd Kamal Azira Abd Manah, Mohammad Ridzuan Rumlee dan penjaga gol, Mohd Muhaimin Mohamad.

Aksi kedua-dua pasukan yang agak seimbang dan saling berbalas serangan gagal untuk diterjemahkan dalam bentuk gol dalam tempoh 120 minit.

Trofi kejuaraan disampaikan oleh Tunku Laksamana Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah yang juga Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment