Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 30, 2013

No Comment

Menurut laporan Globe Magazine United Kingdom, Ketua Monarki British, Ratu Elizabeth hanya mempunyai masa sebanyak enam bulan sahaja lagi untuk hidup.

Perkara ini didedahkan oleh Ratu kepada pewaris takhta kedua, iaitu cucunya, Putera William dan isterinya, Kate Middleton, baru-baru ini.

Laporan terbaru dalam majalah itu turut mendakwa William mencetuskan kemarahan nenenknya selepas dia melompat di pentas ketika acara amal Istana Kensington dan menyanyikan lagu Livin’ on a Prayer bersama Taylor Swift dan Jon Bon Jovi.

“Elizabeth memanggil William dan memarahinya kerana tidak sopan untuk seorang bakal raja menyanyi di pentas dan dia mahu cucunya tidak berkelakuan demikian pada masa depan,” kata satu sumber.

Namun William mempertahankan perbuatannya itu dengan mengatakan dia mengetahui etika ahli keluarga diraja yang perlu dipatuhinya, tetapi dalam masa yang sama William mahu rakyat menganggapnya sebagai ahli keluarga diraja yang mudah didekati ramai serta berjiwa rakyat.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment