Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, December 31, 2013

No Comment

LAGAK artis ini mengalahkan superstar. Setiap helai baju yang dibelinya, dia hanya memakai-nya sekali saja dan terus dibuang. Wow! hebat. Kalau nak dikirakan pendapatan daripada hasil lakonannya, SS yakin yang dia tak mampu untuk melakukan pembaziran seperti itu.

Menurut rakan SS, artis ini berangan tak sudah. Bakat lakonannya belum benar-benar teruji, tetapi cara dan gayanya mengalahkan ‘super diva’. Jelas rakan SS ini lagi, kedua ibu bapanya terlalu ‘beri muka’ kepada artis ini. Memanglah dia menggunakan duit ibu bapanya untuk membeli segala barang yang diidamkannya, tetapi berpada-padalah.

Segala pakaian ‘pakai buangnya’ itu bukan murah, semuanya berjenama terkenal. Agak SS artis ini bila berjalan sentiasa mendo-ngakkan kepalanya sebab itulah dia tidak pernah nampak manusia lain yang hidup di sekelilingnya, ada itu yang dua tiga hari tak makan. Hanya meneguk air paip untuk mengalas perut.

Sesekali apabila berjalan di atas muka bumi, lihatlah sama orang yang berada di sekeliling kita. Segala nikmat yang Allah SWT beri itu jika sudah terlalu berlebihan lebih baik dikongsi bersama orang lain. Sejak artis itu menyertai industri hiburan pun, bakatnya tak ke mana sangat. Kalau berlakon pun dia bawa watak gadis gedik saja. – Soseh Soseh (Harian Metro)

0 comments:

Post a Comment