Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 30, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Agensi Angkasa Negara (Angkasa) telah menerima imej-imej satelit bagi kawasan Kuantan, Pahang daripada Sentinel Asia.

Angkasa dalam satu kenyataan media memberitahu, imej satelit itu akan diguna pakai bagi membantu aktiviti-aktiviti pengurusan bencana di kawasan tersebut.

“Data ini digunakan untuk mengenal pasti perubahan utama dan tahap kerosakan kepada infrastruktur yang memberi kesan kepada rakyat.

“Data ini telah disalurkan kepada pihak berkuasa berkenaan seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) dan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk mengukur keluasan kawasan terlibat dan sebagainya,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu,Sentinel Asia merupakan rangkaian kerjasama antara organisasi pengurusan bencana dan agensi-agensi angkasa di rantau Asia-Pasifik bagi membantu aktiviti pengurusan bencana melalui teknologi satelit.

Ia bertujuan membantu kegiatan pengurusan bencana di negara terlibat dengan berpandukan kepada teknologi angkasa dan teknologi maklumat dan teknologi (ICT).

Jelas kenyataan itu, data-data satelit pencerapan bumi terbabit diperolehi daripada negara Jepun, Korea, India dan Thai.

Tambah kenyataan itu, satelit komunikasi Wideband Inter Networking Engineering Test and Demonstration Satellite (WINDS) digunakan untuk mengumpul dan menyalur imej-imej satelit ke negara-negara terbabit.

Manakala, aplikasi sistem maklumat geografi (Web-GIS) digunapakai untuk kerja-kerja menganalisis imej.

“Kerjasama ini akan berterusan bagi membantu negara-negara yang menghadapi bencana di seluruh negara anggota projek Sentinel Asia,” kata kenyataan itu.

0 comments:

Post a Comment