Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, December 31, 2013

No Comment

KUCHING – Jumlah mangsa banjir di enam pusat pemindahan di Sarawak menurun pada Selasa berikutan keadaan air yang mulai surut di tiga kawasan.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri, Addyhanis Ahamad berkata sejumlah 217 orang mangsa masih berada di pusat-pusat pemindahan di bandar raya Miri, Marudi dan Bau, berbanding 314 orang, Isnin.

Katanya, banjir yang melanda sebahagian bandar Bintulu sejak dua hari lepas juga semakin surut.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan penduduk khususnya yang tinggal di kawasan rendah agar terus berjaga-jaga memandangkan keadaan cuaca yang sering hujan sekarang diramalkan berlarutan hingga Mac. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment