Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 30, 2013

No Comment

SELEPAS berakhir 19 perlawanan untuk pusingan pertama saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2013/14 malam tadi, Arsenal berjaya menghuni tangga teratas dengan mengumpul 42 mata selepas menewaskan Newcastle 1-0 di tempat lawan menerusi jaringan tunggal Olivier Giroud pada minit ke-65.

Skuad kendalian Arsene Wenger itu kini meraih 13 kemenangan, tiga seri dan tiga tewas untuk satu mata mengatasi pasukan tangga kedua, Manchester City yang sempat merampas seketika kedudukan teratas itu kelmarin selepas menang tipis 1-0 ke atas Crystal Palace di laman sendiri.

Chelsea pula mengekori rapat di tangga ketiga dengan 40 mata selepas berjaya menewaskan bekas pendahulu sebelum ini, Liverpool 2-1 di laman sendiri malam tadi apabila jaringan awal Martin Skrtel pada minit ketiga dibalas Eden Hazard minit ke-17 dan Samuel Eto’o minit ke-34.

Everton melonjak ke tangga keempat dengan 37 mata selepas menewaskan Southampton 2-1 di laman sendiri malam tadi menerusi jaringan Seamus Coleman minit ke-9 dan Romelu Lukaku minit ke-74. Jaringan tunggal pelawat menerusi Gastoon Ramirez minit ke-71.

Di tangga kelima, Liverpool dengan 36 mata, kini hanya dua mata mengatasi Manchester United di tangga keenam.

Tottenham pula di tangga ketujuh, sama 34 mata dengan United hasil kemenangan besar 3-0 ke atas Stoke malam tadi.

Sementara itu, tiga tangga tercorot liga dihuni Sunderland dengan 14 mata, West Ham 15 mata dan Fulham 16 mata.

Perlawanan sulung pusingan kedua EPL bakal berlangsung pada Rabu ini sempena tahun baru 2014 dan jadualnya seperti berikut:

Swansea lwn Man City, 8.45 mlm
Arsenal lwn Cardiff, 11 mlm
Crystal Palace lwn Norwich, 11 mlm
Fulham lwn West Ham, 11 mlm
Liverpool lwn Hull, 11 mlm
Southampton lwn Chelsea, 11 mlm
Stoke lwn Everton, 11 mlm
Sunderland lwn Aston Villa, 11 mlm
West Brom lwn Newcastle, 11 mlm
Man United lwn Tottenham, 1.30 pagi

0 comments:

Post a Comment