Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 30, 2013

No Comment

BEIJING – Pegawai kerajaan China dilarang daripada merokok di tempat awam dalam usaha kerajaan republik itu mengurangkan pengeluaran dan penggunaan bahan tembakau.

Menurut pekeliling kerajaan, semua warga sektor awamnya tidak dibenarkan merokok di sekolah, hospital, venue sukan, pengangkutan awam atau kawasan lain yang diharamkan merokok, lapor agensi berita Xinhua hari ini.

Peraturan baharu itu juga melarang penggunaan dana awam untuk membeli rokok dan menawarkan rokok ketika menjalankan tugas-tugas rasmi.

China mempunyai lebih 300 juta perokok dan merupakan pengeluar serta pengguna rokok terbesar dunia.

Pada 2003, republik itu menandatangani Konvensyen Rangka Kerja bagi Pengawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (FCTC) yang memerlukan China mengurangkan pembekalan dan penggunaan tembakau, berkuat kuasa 2006. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment