Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, December 31, 2013

No Comment

PADA Persidangan Pemaju Dunia 2013 (WWDC), syarikat gergasi Apple pernah membuat kenyataan bahawa mereka akan memperkenalkan teknologi sistem operasi iOS mereka pada kereta. Nampaknya, Google kini mungkin akan melancarkan teknologi yang sama.

Wall Street Journal baru-baru ini melaporkan bahawa Google dan Audi bakal mengumumkan sistem hiburan kereta yang berfungsi daripada sistem Android.

Menurut laporan tersebut, kedua-dua syarikat tersebut dikatakan sedang giat melakukan kerjasama bersama NVIDIA serta syarikat automotif dan teknologi lain bagi memastikan rancangan ini berjalan lancar.

Sistem kereta Android ini dikatakan lengkap dengan fungsi muzik, navigasi selain aplikasi dan ciri yang telah direka pada mana-mana kereta Audi. Bagaimanapun, ini bukan kali pertama Google mengadakan kerjasama bersama syarikat pengeluar kenderaan, syarikat ini telah pun memberikan perkhidmatan data Google Maps serta navigasi kepada Audi, Toyota dan Tesla Motors.

Bagi Apple pula, syarikat ini telah berganding bersama beberapa gergasi pengeluar kereta seperti BMW dan Honda; Honda telah mula melancarkan kereta yang lengkap dengan fungsi Siri serta integrasi iOS. Adakah anda bersedia untuk memiliki “kereta pintar” tidak lama lagi?

Sumber: Lowyat, PhoneArena

0 comments:

Post a Comment