Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, December 31, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih belum mengeluarkan arahan kepada mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bagi membenarkan kenaikan kadar tol pada tahun 2014, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof.

Beliau berkata, kerajaan masih mempertimbangkan langkah-langkah terbaik bagi mengurangkan kesan kenaikan kadar tol kepada rakyat dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk mewujudkan makmal untuk membuat kajian tentang implikasinya.

“Saya ingin menjelaskan bahawa berdasarkan Perjanjian Konsesi sedia ada, terdapat beberapa lebuh raya di mana kadar tol akan dinaikkan pada tahun 2014.

“Namun, kerajaan masih belum mengeluarkan arahan kepada mana-mana syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Fadillah turut menjelaskan, kerajaan dalam mempertimbangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan kenaikan kadar tol kepada rakyat perlu juga menghormati Perjanjian Konsesi.

Menurutnya, perjanjian yang ditandatangani itu perlu dihormati agar negara ini terus mendapat keyakinan pelabur dan tidak menjejaskan usaha meletakkan ekonomi negara di landasan yang lebih kukuh dan berdaya saing.

Beliau dalam pada itu berkata, kerajaan sebenarnya telah melaksanakan beberapa langkah dalam mengurangkan beban kewangan pengguna lebuhraya sejak tahun 2008 seperti berikut:

i. Penangguhan kenaikan kadar tol sejak tahun 2008 sehingga 2013 untuk 15 lebuh raya;
ii. Penutupan awal plaza tol dan pemansuhan kutipan tol yang melibatkan tujuh plaza tol;
iii. Pengurangan kadar tol yang melibatkan tiga lebuhraya
iv. Penstrukturan semula kadar tol yang melibatkan lebuh raya lebuhraya di bawah kendalian syarikat PLUS dan Kumpulan MTD.

0 comments:

Post a Comment