Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 30, 2013

No Comment

SUDAH lama tidak mendengar perkhabaran ahli kumpulan Westlife yang merupakan antara  ’boyband’ paling popular beberapa tahun lalu.

Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa mereka sebenarnya masih aktif dalam pelbagai aktiviti seni dan hiburan di United Kingdom dan juga negara kelahiran mereka, Ireland.

Bagaimanapun dengar khabarnya, hubungan antara Shane, Mark, Kian dan Nicky dikatakan agak dingin semenjak akhir-akhir ini kerana adanya perbezaan dari segi pendapatan kewangan mereka.

Menurut sumber, Nicky agak marah dan kecewa kerana pendapatan Kian jauh lebih tinggi darinya semasa menyertai sebuah rancangan realiti, ‘I’m A Celebrity…Get Me Out Of Here!’ awal bulan ini.



Sahabatnya itu menerima kira-kira RM542,735 sedangkan dia hanya mendapat RM325,641 pada tahun lalu melalui rancangan ‘BBC’s Strictly Come Dancing’.

Sementara itu, Shane yang tampil dengan album solo November lalu pula sedang menunggu pencapaian album solo Mark yang pertama tahun hadapan, samada mampu menyaingi pencapaiannya atau tidak.

Tak mengapalah kalau ada persaingan sihat, tapi jangan sampai bergaduh dan bermasam muka sudahlah.

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment