Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 30, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak menyeru semua ahlinya supaya menyertai perhimpunan bagi membantah kenaikan kos sara hidup di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini.

Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss bagaimanapun mengingatkan semua ahli DPP Perak bahawa perhimpunan itu bukan bertujuan menggulingkan kerajaan.

“DPP Perak menyahut seruan yang dibuat Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat agar menyertai himpunan pada malam 31 Disember 2013 ini bagi membantah kenaikan harga barang.

“Perlu ditegaskan bahawa himpunan yang dirancang ini tidak sekali-kali bertujuan untuk menggulingkan kerajaan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Raja Ahmad seterusnya berkata, perhimpunan itu perlu diadakan untuk mendesak kerajaan melakukan sesuatu bagi memastikan kenaikan harga barang dan perkhidmatan tidak berlaku.

Beliau dalam pada itu mencabar Pergerakan Pemuda UMNO supaya menyatakan pendirian rasmi adakah mereka bersetuju dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh pada 28 Disember lalu menegaskan, perhimpunan di Dataran Merdeka yang dirancang pihak tertentu pada 31 Disember ini adalah haram kerana pihaknya tidak menerima sebarang permohonan daripada pihak penganjur perhimpunan sehingga kini.

Tegas Amar Singh, jika diteruskan perbuatan tersebut melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan peserta boleh ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.

0 comments:

Post a Comment