Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 30, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan KTM Komuter akan beroperasi tanpa henti bermula esok hingga 1 Januari ini bersempena sambutan Ambang Tahun Baharu 2014.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan media memberitahu, perkhidmatan tanpa henti itu bagi memudahkan pergerakan orang ramai yang menyambut sambutan itu di sekitar ibu negara.

“Ia juga merupakan sokongan KTMB sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Bagi menjayakan komitmen ini, sebanyak 36 tren tambahan disediakan dari pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi keesokannya.

“Tren ini akan bergerak dengan kekerapan setiap 30 minit hingga pukul 2 pagi dan setiap 60 minit sehingga pukul 5 pagi,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, laluan KTMB terlibat dengan perkhidmatan 24 jam tersebut adalah Rawang-Sungai Gadut, Sungai Gadut-Rawang, Batu Caves-Pelabuhan Klang, Pelabuhan Klang-Batu Caves.

Justeru, KTMB menasihati orang ramai supaya membeli tiket dua hala untuk mengelakkan kesesakan di kaunter dan mesin tiket untuk pulang ke destinasi masing-masing.

“KTMB akan menyediakan jumlah kakitangan tambahan yang mencukupi bagi memastikan keselasaan dan keselamatan orang ramai terjamin,” kata kenyataan itu.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 1300-88-5862.

0 comments:

Post a Comment