Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, December 31, 2013

No Comment

SELEPAS beberapa bulan gosip mengenai perpisahan mereka bertebaran, percutian pasangan pelakon Will Smith dan isterinya, Jada Pinkett Smith ke Dubai mungkin akan menamatkan khabar itu.

Dilihat begitu gembira, kedua-duanya menaiki jet ke sana bagi menyambut tahun baru bersama-sama tanpa ditemani anak-anak.


Pendek kata, ia umpama bulan madu untuk pasangan Smith ini, memetik laporan Daily Mail.

Gosip sebelum ini mendakwa pasangan tersebut sedang dalam proses perpisahan berikutan penyebaran gambar mesra Will dengan seorang pelakon Australia, Margot Robbie.


Bagaimanapun, Margot menafikan mereka mempunyai sebarang hubungan istimewa dan melahirkan rasa kecewanya kerana gambar gurauan di set penggambaran itu disalah anggap.

Pasangan Smith ketika dirakam di lapangan terbang juga dilihat memakai cincin perkahwinan mereka.

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment