Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 30, 2013

No Comment

LEGENDA Formula 1, Michael Schumacher berjuang untuk hidup selepas mengalami pendarahan otak dalam kemalangan ski di Perancis. Michael Schumacher yang kini berusia 44 tahun kini koma dan berada dalam rawatan di Hospital Mountain Gendarmerie, Perancis.

Schumacher memakai topi keselamatan ketika kemalangan tersebut dan dia tidak berseorangan seperti yang diulas manager beliau, Sabine Kehm. Apapun pihaknya tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang keadaan Schumacher ketika ini dan berharapkan orang ramai mendoakan keselamatan jaguh Formula 1 itu.

Schumacher bersara dari dunia Formula 1 pada tahun 2006 selepas menjuarai 5 kejuaraan dunia berturut-turut bersama Ferrari dan 2 kejuaraan dunia sebelumnya bersama Benetton. Selepas berehat selama 4 tahun, Schumacher kembali beraksi dalam sukan kegemarannya itu pada tahun 2010 bersama pasukan Mercedes namun kembali bersara semula tahun lalu selepas tidak berjaya bersama pasukan barunya itu.

0 comments:

Post a Comment