Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 30, 2013

No Comment

MEMANG patut ada di kalangan rakan-rakan penulis yang merungut permohonan untuk mengisi kekosongan sebagai penjawat awam kerap kali gagal.

Apa tidaknya, jumlah pemohon tahun ini sahaja sudah mencecah dua juta orang!

Hendak bersaing dengan 20 orang pun sudah semput-semput, inikah pula sampai jutaan orang.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mahmood Adam secara tidak langsung menyifatkan jawatan kakitangan kerajaan sememangnya menarik minat ramai, memetik laporan The Star.

Daripada jumlah itu, 219,137 orang dipanggil untuk sesi temuduga dan 143,177 orang telah menghadirinya.

“Seramai 52,383 telah ditawarkan pekerjaan dan kesemua mereka menerimanya. Jawatan tetap telah diberikan kepada 34,112 orang, manakala 18,271 pula dilantik sebagai pekerja kontrak,” ujarnya.

Seperti yang dijangka, Mahmood menyatakan jaminan daripada segi keselamatan kerja, elaun sara hidup (COLA), elaun perumahan dan pinjaman perumahan merupakan antara faktor yang menarik perhatian orang ramai untuk memohon jawatan kakitangan kerajaan berbanding swasta.

Kakitangan awam menerima COLA sebanyak RM300, RM250 atau RM100, bergantung kepada tempat tinggal mereka samada di bandar atau luar bandar.

Untuk elaun perumahan pula, individu bukan pegawai menerima RM180, manakala untuk pegawai bermula daripada RM250.

Bagi memastikan bakal pemohon pada masa akan datang lebih bersedia menhadapi temuduga, pihak SPA bakal mengadakan seminar terbuka bagi memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai dunia perkhidmatan awam di negara ini.

Jadi, kepada mereka yang bercita-cita untuk memohon jawatan kerajaan suatu hari nanti, pastikan anda benar-benar ‘cukup ilmu’ jika dipanggil untuk temuduga. Iyalah, bukan senang nak dapat, betul tak?

Kepada yang sudah bergelar penjawat awam itu, jangan pula anda sia-siakan pekerjaan anda itu. Sebabnya, berjuta-juta orang memohon dan anda antara yang berjaya. Tak ke bertuah tu?

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment