Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 30, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memberi tawaran kompaun letak kereta RM30 kepada semua pemilik kenderaan yang mempunyai kompaun tertunggak dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut.

MPAJ dalam satu kenyataan media memberitahu, tawaran kompaun letak kereta itu diberikan kerana mahu memberi peluang kepada orang ramai yang mempunyai tunggakkan kompaun menjelaskan kompaun mereka.

“Tawaran Khas RM30 ini adalah satu tawaran yang terbaik pernah ditawarkan oleh MPAJ. Tempoh tawaran adalah selama sebulan iaitu bermula 16 Disember 2013 hingga 31 Januari 2014.

“Selepas tamat tempoh tersebut, MPAJ akan memulakan tindakan mahkamah terhadap pesalah letak kereta yang mempunyai kompaun tertunggak yang tinggi.

“Langkah ini diambil memandangkan orang ramai khususnya pemilik-pemilik kenderaan yang dikompaun tidak memandang serius terhadap kompaun tersebut serta berpendapat tiada tindakan yang tegas akan diambil oleh MPAJ,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, orang ramai boleh membuat semakan dan bayaran kompaun mereka melalui kaunter-kaunter perkhidmatan di Menara MPAJ, Pejabat Cawangan MPAJ, Taman Melawati, Kompleks Muhibah, Taman Nirwana dan Kaunter Bergerak MPAJ.

Kata kenyataan itu, MPAJ turut menyediakan kemudahan semakan dan bayaran secara `online’  kepada orang ramai iaitu melalui alamat http://icomm.mpaj.gov.my.

Justeru, orang ramai khususnya penduduk di kawasan pentadbiran MPAJ digesa membuat semakan kompaun dan seterusnya membuat bayaran dalam kadar segera.

0 comments:

Post a Comment