Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 30, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Agrobank meminta orang ramai supaya tidak terjebak dengan aktiviti penipuan pinjaman wang yang menggunakan nama bank tersebut.

Agrobank dalam satu kenyataan media memberitahu, pihak mengesan ada pihak memasang iklan berkenaan pinjaman yang kononnya ditawarkan oleh bank itu.

“Kami merujuk kepada sebuah iklan berkenaan pinjaman yang kononnya ditawarkan oleh Agrobank.

“Dimaklumkan bahawa nombor telefon dan laman sesawang yang tertera adalah palsu dan Agrobank tidak pernah melantik mana-mana ejen atau orang tengah untuk berurusan dengan orang ramai mengenai pembiayaan kewangan Agrobank,” jelas kenyataan itu itu hari ini.

Sehubungan itu, Agrobank menasihati orang ramai supaya berurusan terus dengan bank tersebut bagi mengelak ditipu pihak yang menggunakan nama dan logo Agrobank dalam urusan pembiayaan kewangan.

Menurut bank tersebut, orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat sah mengenai pembiayaan Agrobank diminta menghubungi talian 603-2731 1600  atau melayari www.agrobank.com.my atau kunjungi mana-mana cawangan Agrobank berdekatan.

“Agrobank mempunyai 186 buah cawangan di Malaysia yang memberikan perkhidmatan perbankan,” kata kenyataan itu.

0 comments:

Post a Comment