Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 30, 2013

No Comment

Pelakon yang terkenal dengan watak Fran Fine dalam siri komedi 80-an, The Nanny, Fran Drescher bakal kembali ke pentas teater apabila dia dikhabarkan akan menjayakan watak ibu tiri Cinderella dalam pementasan Broadway, Rodgers & Hammerstein’s Cinderella.


Menerusi teater itu nanti, watak Cinderella pula akan dilakonkan oleh penyanyi yang terkenal dengan lagu Call Me Maybe, Carly Rae Jepsen.

Carly yang teruja dengan perkhabaran itu sempat memuat naik status di Twitter, “dream come true”.

Pementasan itu akan dijalankan bermula 4 Februari depan di pentas Broadway New York.

“Ini merupakan satu pementasan teater yang memerlukan persiapan menyeluruh daripada segi nyanyian, lakonan dan tarian,” kata Carly yang gembira dengan peluang yang diperolehinya itu.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment