Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 30, 2013

No Comment

MOSCOW – Sepuluh orang maut dalam satu letupan membabitkan sebuah bas di Bandar Volgograd, di selatan Russia hari ini, sehari selepas letupan pengebom berani mati terhadap stesen utama kereta api di bandar itu.

“Mengikut maklumat awal, 10 orang maut manakala 10 lagi cedera dalam letupan terbaru itu,” kata jurucakap pejabat cawangan Kementerian Kecemasan Russia, Irina Gogoleva kepada agensi berita Interfax.

Laporan menyebut letupan berkenaan amat kuat sehingga ‘trolleybus’ – pengangkutan popular di bandar berkenaan musnah teruk

Semalam pengebom berani mati meletupkan dirinya sendiri dan mengorbankan sekurang-kurangnya 16 orang awam dalam satu serangan di sebuah stesen kereta api di bandar yang sama.

Letupan itu sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan menjelang Sukan Olimpik Sochi yang akan berlangsung enam minggu lagi.


Anggota penyiasat berkata, suspek wanita yang tidak dikenali itu berhenti selepas ditahan pegawai polis ketika melalui imbasan logam di pintu masuk stesen.

Kawasan berkenaan sesak dengan orang ramai yang dalam perjalanan untuk meraikan Tahun Baru.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan api besar keluar dari arah pintu depan dan bahagian tingkat bangunan tiga tingkat itu.

Asap tebal itu menyebabkan orang ramai bertempiaran lari dan keadaan menjadi kecoh sebelum anggota bomba dan penyelamat datang untuk memadam kebakaran.

0 comments:

Post a Comment