Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, December 31, 2013

No Comment

Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum 2013 melabuhkan tirainya.

Pastinya pelbagai memori sama ada manis atau pun pahit yang telah dicatatkan oleh anda sepanjang tahun ini.

Menyentuh mengenai kutipan filem tempatan sepanjang tahun ini, nampaknya filem arahan pengarah Mamat Khalid iaitu Husin, Mon & Jin Pakai Toncit menjadi filem terlaris jualannya bagi tahun 2013.

Walaupun industri perfileman negara dilanda kelembapan daripada segi nilai kutipannya, namun perkara ini pastinya menjadi kebanggaan buat krew produksi filem tersebut.

Menerusi laporan sebuah akhbar harian, Husin, Mon & Jin Pakai Toncit mengutip sebanyak RM5.89 juta dengan mengatasi 71 buah filem lain.

Lain-lain filem tempatan yang turut mencatatkan kutipan pecah panggung pada tahun ini terdiri daripada Gangster 2 (RM4.96 juta), Rock Oo (RM3.95 juta), Adnan Sempit (RM3.94 juta) dan Highland Tower (RM3.52 juta).

Dengarnya, 2014 juga bakal dimeriahkan dengan sebuah lagi filem arahan Mamat iaitu gandingan Zizan dan ‘kekasihnya’, Emma Maembong berjudul Werewolf Dari Bangladesh

Sama-sama kita nantikan ya!

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment