Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, December 31, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pengusaha bas sekolah untuk menaikkan tambang atau mengenakan surcaj baharu ke atas orang ramai.

SPAD dalam satu kenyataan media memberitahu, Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) and Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) pada 24 Disember lalu telah dimaklumkan bahawa tiada sebarang kenaikan tambang atau surcaj pada masa ini.

“Kedua-dua pihak yang maklum bahawa tiada sebarang kenaikan tambang dan surcah sehingga SPAD mengumumkan tambang baharu bas sekolah pada Mac 2014. SPAD pada waktu ini berada pada tahap terakhir untuk menetapkan tambang baharu bas sekolah dengan mengambil kira tiga aspek penting,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, tiga aspek penting itu adalah mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), mengkaji skim untuk membantu pendapatan pengusaha bas sekolah, dan mengkaji kemungkinan menggunakan kuasa pasaran untuk melakukan transformasi ke atas industri bus sekolah.

Sehubungan itu, kata kenyataan itu, semua pengusaha bas sekolah dikehendaki mengekalkan kadar tambang seperti yang ditetapkan dan ibu bapa yang mahu membuat aduan tentang perkara itu diminta menghubungi talian 1-800-887-723.

0 comments:

Post a Comment